100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya –Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebelum ke pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

Sumber:- http://al-ahkam.net/

Menjadi berita besar di Britian dan menggemparkan semua orang apabila paderi besar England baru-baru ini menganjurkan supaya kerajaan Britain melaksanakan undang-undang syariah untuk mengadili umat Islam, agama kedua terbesar di negara itu.Cadangan yang cukup baik dari seorang paderi kanan England itu adalah permulaan kepada pemikiran baru yang dicetuskan oleh orang Barat sendiri dan paderi pula.

Paderi yang berfikiran terbuka dan Kristian itu sendiri adalah agama yang paling hampir dengan Islam. Ia juga asalnya agama dari langit; agama yang pada mulanya mengakui selepas Nabi Isa a.s. akan muncul nabi akhir zaman yang namanya Ahmad atau Muhammad.

Cetusan pemikiran paderi itu adalah kontradik dengan prejudis masyarakat Barat yang dibelenggu oleh sikap buruk Presiden Bush yang melabelkan Islam sebagai agama dan anasir keganasan.

Berat bagi masyarakat Barat untuk menerimanya. Ia ditentang oleh kerajaan Britain dan oleh kebanyakan rakyat. Ia tidak memeranjatkan kerana prejudis mereka terhadap Islam telah berakar lama dan apa lagi masyarakat Barat dan Kristian itu sendiri banyak dipengaruhi Yahudi.

Yahudi yang membelenggu Bush berfikiran anti-Islam dan memaksanya berperang di Iraq dan Afghanistan kalau boleh untuk selama-lamanya. Yahudi amat tidak senang dengan cadangan paderi itu.

Tetapi malangnya para pemimpin negara Islam membisu terhadap suara paderi itu. Hanya sebahagian penganut Islam di Britain mengalu-alukan cadangan itu. Tidak banyak ulasan atas cadangan itu.

Negara Islam dan umat Islam hanya bangun kalau agama Islam dihina tetapi diam saja apabila ada pandangan yang mahu mendaulatkan Islam. Di Malaysia sendiri yang sedang merayakan sedikit prestasi Islam Hadhari tidak memberikan sebarang reaksi.

Media Malaysia tidak pengupas perkara itu.

Dipercayai pandangan paderi itu boleh meransang kepada perkembangan yang baik untuk Islam. Apa jua yang dikira dapat mendaulatkan Islam tidak menarik masyarakat Islam sekular.

Kerajaan Malaysia yang mengaku memajukan Islam seperti yang ditonjolkan oleh Islam Hadhari lebih suka melihat kemajuan orang Islam sesuai dengan cara hidup dan pemikiran sekular. Apabila ia bertembung dengan unsur syariah, maka ia mendiamkan diri kalau pun tidak menentang.

Dalam isu suara paderi England itu, jelas paderi itu lebih berfikiran Islam dari pengembang Islam Hadhari. Pandangan paderi itu lebih dekat kepada Islam daripada pendirian dan sikap ketua-ketua negara Islam.

Paderi itu tertekan atas reaksi masyarakat Barat, tetapi masyarakat dan pembesar Islam pula tidak memberikan galakan kepadanya. Suatu yang amat malang bagi masyarakat Islam dan ini menjadi paderi itu juga malang.

Paderi itu tentu telah melihat kemahuan masyarakat akar umbi Islam yang mahu kepada peradaban Islam yang sebenar bagi menyelesaikan masalah mereka. Mereka sedang berusaha keras untuk mencapai hidup sebagai orang Islam sebenar.

Tetapi masalah umat Islam dan penduduk Britain itu sendiri tidak dapat diselesaikan kerana halangan undang-undang. Kalau umat Islam di negara Islam tidak dapat menyelesaikan masalah mereka disebabkan negara masing-masing tidak mengikut kemahuan Islam, maka tentulah tidak mudah bagi Britian sebagai negara bukan Islam untuk beramal secara Islam.

Paderi itu dipercayai tahu bahawa bukan masanya bagi Britian untuk melaksanakan syariah. Tetapi kerana masyarakat itu adalah penganut demokrasi dan percaya kepada kebebasan agama, maka penyelesaian kepada masalah di Britain ialah dengan membenarkan umat Islam mengamalkan hukum dan muamalat mengikut Islam.

Dia pun tahu bahawa cadangan itu bukan mudah diterima, tetapi ia perlu menjadi bahan perbahasan dalam masyarakat. Perkembangan ilmu dan segala macam teknologi di Britain adalah tempat yang baik untuk membahaskan isu itu secara akadamik.

Sama ada paderi itu sendiri berminat kepada pemikiran Islam, tidak dipastikan, tetapi ia dilihat lebih positif dari pemikiran Islam Hadhari. Mana tahu cetusannya itu dapat mendekatkannya lagi dengan Islam.

Ia patut disambut baik oleh umat Islam, kerana pandangan yang dekat kepada Islam oleh paderi sepertinya boleh mendekatkan kepada hidayah.

Setakat ini, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia cuba menenangkan suasana dengan menyatakan apa yang dimaksudnya ialah supaya ada kemudahan bagi masyarakat Islam melangsungkan beberapa kegiatan Islam seperti kahwin mengikut cara Islam dan tidak perlu mesti mendaftar lagi seperti yang ada sekarang.

Jika pandangan paderi itu diberikan reaksi yang setimpal, ia mudah membuka medan baru kepada pemikiran Islam di Barat.

Dipetik dari Harakahdaily-Subky Abdul Latif

Jika diperhatikan motto utama Barisan Nasional “Kelantan Baru, Kelantan Maju” adalah satu ungkapan yang agak lama sudah kedengaran setiap kali tiba musim pilihanraya.

Pada hakikatnya ramai yang masih keliru mengapa? dan kenapa? kalimah keramat BN yang sudah basi ini masih lagi digunakan dalam menghadapi jentera pilihanraya PAS Kelantan. Oleh itu, untuk menghilangkan kekeliruan tersebut adalah lebih baik jika BN menukar motto mereka kepada “Kelantan Baru, Kelantan Maksiat”.

Mungkin apa yang saya katakan ini mengelirukan segelintir pihak namun tidak untuk rakyat Kelantan. Rakyat kelantan sudah lali dengan perkataan kemajuan, ini kerana dari sudut tersebut jika dibandingkan dengan negeri utara mahupun timur Malaysia Kelantan seiring mencapai kemajuan malahan lebih maju dari sesetengah perkara.

Adalah wajar kiranya saya menyatakan maksud kemajuan sebenar yang ingin dinyatakan oleh BN itu ialah Kebebasan sosial, perjudian, maksiat dan sebagainya yang selama ini di kawal rapi oleh PAS Kelantan. Inilah sebenarnya ketinggalan dari negeri-negeri lain.

Sebenarnya perkara ini telahpun dibawa masuk secara tidak langsung oleh mereka ke Kelantan (seperti Konsert nyayian diraja, Konsert Islam Hadari dsb..) tetapi kurang mendapat sambutan dari rakyat kerana dengan adanya keberkatan pemimpin yang sentiasa memberi ingatan kepada rakyat tentang cubaan dari syaitan untuk menggugat keimanan. Sebab itulah pelbagai propaganda telah dicipta oleh mereka untuk merampas kelantan sekaligus membolos hasil negeri yang dikatakan tidak akan luak.

Jika diperhatikan kaedah yang digunakan oleh BN untuk menawan kelantan pada kali ini akan memberikan kegagalan kepada mereka kerana pendekatan yang digunakan seolah-olah memperbodohkan rakyat kelantan yang pada hakikatnya tidak sebodoh yang disangka.

Islam Hadhari tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat kelantan kerana mereka telah lama mengenal apa itu Islam Hakiki. Percayalah bahawa rakyat Kelantan tidak akan membiarkan “Serambi Mekah” yang sinonim dengan mereka dinodai…

Ungkapan ajaib Tok Guru Nik Aziz ‘beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih dan beri kertas undi pangkah bulan’ kepada rakyatnya sejak dulu lagi sememangnya ‘dipegang’ kuat orang-orang Kelantan lebih-lebih lagi apabila menghadapi pilihan raya.

Walaupun pelbagai tawaran cuba diberikan oleh pihak Umno/BN bagi memenangi hati rakyat Kelantan agar rakyat negeri itu boleh memberi laluan kepada mereka untuk memerintah ternyata rakyat negeri itu tidak mudah dimakan pujuk rayu.

Amanat Tuan Guru kepada rakyatnya tidak akan luntur dengan tawaran-tawaran menarik Umno/BN baik hendak menjadikan negeri Serambi Mekah itu sebagai Pusat Ketamadunan Islam yang terbilang jika mereka memerintah.

Tawaran itu dilontarkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, bukan itu sahaja beliau juga ingin membina sebuah masjid yang bernilai RM2.1 juta di Guchil, Kuala Krai.

Najib harus ingat, rakyat Kelantan mempunyai ‘chemistry’ yang kukuh dengan Tok Guru, mereka tidak pandang pada projek-projek yang bernilai jutaan ringgit, yang penting pemerintahan beliau dalam membela kebajikan sejak dulu lagi.

Tawaran PAS kali ini ‘Negara Berkebajikan’ sudah lama dipraktikkan di Kelantan dan rakyatnya agak selesa biarpun hidup secara sederhana.

Bahkan Najib Tun Razak dengan sombong dan angkuhnya menyeru rakyat negeri itu agar menjadikan tahun 2008 sebagai tahun terakhir PAS memerintah.

Agaknya Najib kena kaji sedalam-dalamnya mentaliti rakyat negeri Kelantan sebelum bercita-cita menawan rakyat negeri itu.

Malahan, Najib juga meminta rakyat negeri itu supaya menghentikan budaya ‘beri pitih ambil, undi belum tentu’.

Yang terkini pula, Timbalan Pengerusi Pemuda Umno Khairy Jamaludin memujuk anak jati Kelantan yang berada di Lembah Klang berpakat balik mengundi pada pilihan raya tidak lama lagi.

Dengan menubuhkan Bilik Gerakan “Pakat Kelik Ngundi” (pakat balik mengundi), pergerakan itu turut memperkenalkan slogan “Pade Doh” dalam loghat Kelantan yang bermaksud cukuplah 18 tahun Pas memerintah negeri terbabit.

Sebenarnya yang paling tepat slogan ‘pade doh’ itu ditujukan kepada kerajaan Umno/BN yang bertahun-tahun memerintah negara ini, akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dengan berbagai-bagai masalah termasuklah jenayah meningkat, harga barang melambung, kenaikan minyak, projek mega yang memberi keuntungan kepada kroni-kroni.

Khairy juga kena tahu, anak jati ‘Kelate’ yang berada di Lembah Klang bukan mudah untuk memangkah BN, sifat kenegerian mereka sangat kuat sehinggakan mereka masih berpegang teguh kepada pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Puluhan ribu anak ‘Kelate’ yang belum menukar tempat mengundi biarpun mereka bekerja atau menetap di Lembah Klang, mungkin mempunyai agenda tersendiri sama ada mereka sayang dan masih memerlukan khidmat Menteri Besar mereka yang mempunyai keperibadian yang disegani.

Jika mereka tidak memerlukan Menteri Besar seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu fikir untuk pulang ke negeri asal untuk mengundi, lebih baik mengundi di tempat mereka bekerja.

Justeru, jika demokrasi dijaga dengan baik dan tidak dibawa pengundi haram, tidak diugut maka tidak ada sebab rakyat Kelantan boleh menerima orang lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.